Sabtu, 22 Februari 2014
Kahwin Meriah Hutang Dewan Liat Nak Bayar

Pagi-pagi kita dihangatkan dengan sebuah gosip terbaru mengenai seorang selebriti yang mendirikan rumah tangga baru-baru ini, dikatakan masih lagi belum menjelaskan bayaran lokasi dewan majlis pernikahannya.
Menerusi portal Rotikaya, seorang ustaz menyampaikan cerita bahawa pasangan tersebut masih berhutang duit sewa dewan nikah walaupun mereka sudah pun beberapa kali dihubungi untuk melangsaikannya.
Selain itu, ustaz tersebut turut mengetahui bahawa mereka berbelanja lebih RM45,000 untuk majlis pernikahan sahaja dan berasa hairan kenapa pelakon ini seakan mahu lari daripada melangsaikan perkara tersebut.
Siapa ya pelakon itu? Rasanya lebih baik selesaikan segala hutang piutang namun kita tak boleh mendengar kata sebelah pihak sahaja, mungkin pihak yang satu lagi mempunyai penjelasan mereka yang tersendiri berkenaan perkara ini.
Tak gitu?
Oleh: AUDREY LEE
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar