Jumat, 28 Februari 2014

5 Dokter cantik di Indonesia

Berbicara tentang kecantikan..tentunya setiap wanita pasti akan cukup semangat, bergairah,Sebagian besar tentunya merasa seperti itu kan yah? kosmetik, mode, cara berjalan, cara tersenyum, dan beragam cara-cara biar tampil cantik sudah menjadi santapan lezat buat kaum wanita..Semua itu menunjukkan bahwa menyukai kecantikan dan keindahan adalah salah satu fitrah, kecenderungan yg dimiliki setiap wanita. dan perasaan ingin cantik ini adalah nikmat Allah SWT menyangkut dengan kecantikan ada beberapa Dokter indonesia yang cantik - cantik mari kita lihat bersama sama ke TKP
 
1. dr. Reisa Kartikasari
Reisa adalah seorang dokter sekaligus seorang model dimana ia menempuh pendidikan kedokterannya di Universitas Pelita Harapan dan Universitas Indonesia. Ia memulai karir di dunia hiburan saat mengikuti kontes Puteri Indonesia, perwakilan dari provinsi D.I Yogyakarta. Dalam kontes nasional tersbut, ia meraih posisi juara kedua, yang memberikannya gelar Puteri Indonesia Lingkungan 2010.[1] Ia juga mewakili Indonesia dalam kontes Miss International 2011di  kota Cheng Du, China. Dalam ajang ini, Reisa ingin mengusung isu tentang perdamaian dunia serta kebudayaan Indonesia. Dia juga ingin mengusung tema tentang Pray For Japan, pasca kejadian Gempa Bumi & Tsunami Jepang Reisa Kartikasari (lahir di Malang, 28 Desember 1985; umur 26 tahun)

2. dr sonia wibisono

dr Sonia Wibisono Ia banyak menjumpai pasien dengan berbagai macam jenis penyakit yang rata-rata diderita oleh mereka yang hidupnya sangat sederhana. Ini membuat hatinya lebih peka terhadap kondisi-kondisi seperti itu.ia lahir dan dibesarkan dalam keluarga pasangan dokter yang hidup berkecukupan. Sejak kecil, ia selalu dimanjakan oleh orangtuanya. Orangtuanya sangat protektif dan membantunya mengerjakan segala sesuatu, termasuk hal-hal kecil sekalipun. Biodata Nama: dr. Sonia Wibisono Tempat dan Tanggal Lahir: Jakarta, 11 Oktober 1977

3. dr. Rosa Rai Djalal
Dokter gigi kelulusan Fakultas Kedokteran Gigi Universitas Indonesia, Januari 1997 ini memulai karirnya sebagai dokter gigi di Rumah Sakit Mitra Internasional. Kemudian menikah dengan Dino Patti Djalal pada tahun 2004 setelah mengikuti program dokter pegawai tidak tetap (PTT) di Pulau Kelapa, Kepulauan Seribu, Jakarta, yang dapat dijangkau perahu klotok selama lima jam dari Teluk Jakarta. Dokter Gigi dari Fakultas Kedokteran Gigi Universitas Indonesia, 1992-1997 Esthetic Dentistry New York University, AS, 2003-2004 – Program Magister Adminis­trasi Rumah Sakit, 2001-2003


4. dr. Nycta Gina
Mahasiswa Universitas Trisakti ini akan menjadi spesialis kandungan (Obgyn). Dia sengaja memilih jadi dokter kandungan karena senang berhubungan dengan orang-orang yang ingin memiliki keturunan.Menjadi dokter merupakan impian Gina sejak kecil. Dia merasa beruntung mendapat dukungan dari orang-orang terdekat.

5. dr. Enrina Diah
Tak hanya berwajah cantik, prestasi dokter spesialis bedah plastik kelahiran Manado, 23 Mei 1974 ini patut diacungi jempol. Karier yang diawali dengan segala keterbatasan, kini telah membawa kesuksesan. Selain memiliki dua klinik di Jakarta dan Surabaya, Ibu satu anak ini punya misi menjadikan Indonesia sebagai negara tujuan pasien operasi plastik yang diperhitungkan.
 
 
sumber
Read More..

Kamis, 27 Februari 2014

Alias Umno sudah nyanyuk kerana perintah terlalu lama

Wartawan Sinar Harian
13 Jun 2012
Alias: Umno sudah nyanyuk kerana perintah terlalu lama
ALIAS
KUALA TERENGGANU – Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Dr Alias Razak mempersendakan Umno dengan menyifatkan parti itu nyanyuk akibat pemerintahan yang terlalu lama.

Beliau turut mengaitkan sikap tersebut sebagai punca kegagalan dalam pembinaan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak apabila berlaku runtuhan bumbung bangunan itu pada Jun 2009 yang turut menggemparkan negara.


“Apabila Umno perintah terlalu lama, akan menjadi nyanyuk. Apabila sudah nyanyuk, hendak melakukan apa pun tidak akan menjadi. Bina stadium, stadium pula runtuh,” katanya.


Adun Bukit Tunggal itu turut mendakwa insiden yang berlaku itu tidak sepadan dengan kos pembinaannya yang menelan hampir RM300 juta itu.


Katanya, ia tidak sepatutnya menerima nasib seumpama itu, lebih-lebih lagi insiden runtuhan bumbung tersebut berlaku tidak lama dengan tempoh ia siap dibina.


Dalam masa sama, beliau turut kecewa dengan masalah yang berlaku itu kerana tidak mampu diselesaikan walaupun sudah tiga tahun berlalu.


Kos yang diperuntukkan itu mampu memberikan pendidikan percuma kepada 15,000 pelajar,” katanya.


Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dalam kenyataannya sebelum ini menafikan pihaknya tidak mengambil serius dalam menyelesaikan isu stadium terbabit.


Menurutnya, kerajaan telah memberikan peruntukkan sebanyak RM14 juta kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) di samping menggesa jabatan terbabit mempercepatkan proses mengeluarkan tender.


Ahmad berkata sebagai menjawab kenyataan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut bahawa keadaan sama akan berlaku terhadap stadium tersebut jika rakyat terus memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) mentadbir Terengganu pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, jika berlaku peralihan kuasa di negeri ini, pihaknya akan membuat kajian terlebih dahulu bagi menyelesaikan masalah tersebut namun tidak memberi jaminan sama ada akan membaik pulih atau sebaliknya.
Read More..

Rabu, 26 Februari 2014

Saingan sengit isi kerusi Timbalan Naib Presiden

Harakahdaily 

Arif Atan, 09 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan PAS ke-59 akan menyaksikan pemilihan untuk jawatan tertinggi di peringkat pusat dan dewan-dewan bagi penggal 2013-2015, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon bertahan, Mohamad Sabu yang akan dicabar Datuk Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Sementara itu, kerusi Naib Presiden pula menggamit pertandingan lima penjuru. Tiga yang mempertahankan jawatan masing-masing iaitu Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub akan berdepan dengan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK PAS Pusat, Datuk Ustaz Abu Bakar Chik.

Seramai 61 orang akan bertanding untuk kerusi AJK PAS Pusat.

Bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pula, tiga pencalonan disahkan iaitu Suhaizan Kaiat, Kamarulzaman Mohamad dan Zulhazmi Sharif. Ia ekoran ketua pemuda sekarang, Ustaz Nasrudin Hassan mengundur diri daripada jawatan itu.

Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi dan Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob pula bertanding bagi mengisi kerusi timbalan ketua yang dikosongkan oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Kerusi Naib Ketua Pemuda juga menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi dan Ir Mohd Khairul Nizam Khairuddin. Ia dikosongkan oleh Dr Raja Ahmad Iskandar yang bertanding timbalan ketua.

Seramai 26 orang akan bertanding untuk mengisi kerusi AJK Dewan Pemuda.

Bagi Dewan Muslimat PAS, jawatan Pengerusi Tetap menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Norhashimah Deraman, Nor Azlin Md Samsudin dan Saadiah Abu Bakar manakala jawatan Timbalan Pengerusi Tetap akan diputuskan di dalam muktamar.

Ketua Dewan Muslimat pula memperlihatkan pertandingan antara Ustazah Nuridah Salleh dan penyandang, Siti Zailah Mohd Yusof.

Sementara jawatan Timbalan Ketua Muslimat yang kini disandang Dr Siti Mariah Mahmud akan dicabar oleh Dr Najihatussalehah Ahmad.

Calon bertahan bagi kerusi Naib Ketua, Mumtaz Mohd Nawi pula akan dicabar oleh Dr Rosni Adam manakala 23 calon bertanding untuk mengisi AJK Dewan Muslimat.

Tiga jawatan utama Dewan Ulama PAS Pusat telah dimenangi tanpa bertanding. Mereka ialah Ketua, Datuk Ustaz Harun Taib, Timbalan Ketua, Datuk Ustaz Ahmad Yakob dan Naib Ketua, Datuk Dr Mahfodz Mohamad.  

Ustaz Hamdan Mohamad dipilih sebagai Pengerusi Tetap manakala pelantikan Timbalan Pengerusi Tetap akan diputuskan dalam muktamar.

Hampir 1,300 perwakilan dari seluruh negara akan menyertai muktamar ini yang akan diadakan di Shah Alam bermula 20 November ini.

Read More..

Senin, 24 Februari 2014

Pekerja Terkejut Jumpa Lintah Gergasi

Pekerja Terkejut Jumpa Lintah Gergasi | Beberapa orang pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian di Kampung Muhibbah, di Sungai Siput, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti ‘lintah gergasi’, pagi semalam.
Pekerja Terkejut Jumpa Lintah Gergasi

Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.

Pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, haiwan itu ditemui di dalam longkang yang digali mereka pada jam 10.15 pagi.

Menurutnya, dia yang terkejut dengan penemuan haiwan itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sungai Siput untuk menangkap haiwan itu.

“Saya tidak pasti sama ada ia ular berikutan tubuhnya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu agak kasar seperti kulit biawak.

“Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu. Saya memang terkejut dan hairan bagaimana haiwan itu berada di dalam lubang yang digali,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Angkatan dan Latihan Operasi JPAM Leftenan A Balasubramaniam berkata, tiga anggotanya dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap haiwan aneh itu.

Menurutnya, petugas JPAM turut terkejut berikutan tidak pernah berjumpa haiwan seumpama itu sebelum menangkap dan membawanya pulang ke pejabat JPAM, di sini.

“Kami sendiri pelik dengan haiwan itu berikutan ia tidak agresif sebaliknya mempunyai tubuh lembik dan menggerutu.

“Namun, akhirnya kami dimaklumkan ia sejenis ular air dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni yang dikategorikan sebagai ular air tawar,” katanya. sumber


Read More..

Minggu, 23 Februari 2014

Aneh Lelaki Ini Terlekat di Kerusi Bayi Restoran Makanan Segera

Sabtu, 18 Mei 2013 
 Pria yang terjebak di kursi (Foto: Mirror) 
 Lelaki yang terjebak di kerusi (Foto: Mirror)
CORK – Seorang pengunjung sebuah restoran makanan segera di Ireland  mengalami hari yang sangat memalukan. Hal itu disebabkan dia terjebak di kerusi yang disediakan khusus untuk bayi.

Seperti dilansir Mirror, Sabtu (18/5/2013), lelaki yang tidak ingin diketahui namanya ini harus rela menahan rasa malunya ketika dia harus dikelilingi polis  untuk membantu mengeluarkannya dari kerusi khusus bayi tersebut.

Polis  dipanggil ke restoran makanan cepat saji di Cork, Ireland , pada Selasa pagi setelah penjaga restoran mendapatkan salah seorang pelanggan yang terjebak duduk di kerusi tinggi khusus bayi berwarna abu-abu itu.

Seorang juru cakap McDonald menyarankan bahwa anak-anak tidak boleh menggunakan kursi tinggi tanpa pengawasan orang dewasa. (faj)
Okezone
Read More..

Sabtu, 22 Februari 2014

Kahwin Meriah Hutang Dewan Liat Nak Bayar


Pagi-pagi kita dihangatkan dengan sebuah gosip terbaru mengenai seorang selebriti yang mendirikan rumah tangga baru-baru ini, dikatakan masih lagi belum menjelaskan bayaran lokasi dewan majlis pernikahannya.

Menerusi portal Rotikaya, seorang ustaz menyampaikan cerita bahawa pasangan tersebut masih berhutang duit sewa dewan nikah walaupun mereka sudah pun beberapa kali dihubungi untuk melangsaikannya.

Selain itu, ustaz tersebut turut mengetahui bahawa mereka berbelanja lebih RM45,000 untuk majlis pernikahan sahaja dan berasa hairan kenapa pelakon ini seakan mahu lari daripada melangsaikan perkara tersebut.

Siapa ya pelakon itu? Rasanya lebih baik selesaikan segala hutang piutang namun kita tak boleh mendengar kata sebelah pihak sahaja, mungkin pihak yang satu lagi mempunyai penjelasan mereka yang tersendiri berkenaan perkara ini.

Tak gitu?

Oleh: AUDREY LEE
Read More..

Jumat, 21 Februari 2014

Astaga Ibu Guru Pesta Seks Dengan Siswanya Disaksikan Suami

Seorang ibu guru bernama Brittni Colleps melakukan perbuatan yang sungguh tak layak dilakukan terhadap siswa pria dan juga suaminya. Dalam kesaksian yang diungkapkan Rabu suami Brittni bernama Christopher mengaku melakukan pesta seks sebelum dipindahtugaskan sebagai militer.

Dilansir ABC News, di depan juri terungkap jika guru bahasa Inggris asal Texas, Amerika Serikat, bercinta dengan lima orang siswa pria kemudian merekamnya. Hal ini dilakukan di depan mata suaminya yang juga ikut bercinta dalam aksi pesta seks itu.

[imagetag]

Perempuan berusia 28 tahun ini dikenai 16 dakwaan karena memiliki hubungan yang tak pantas dengan siswa yang diajarnya. Karena para siswa itu sudah berusia 18 tahun ketika hal itu berlangsung, Brittni tak dikenai pasal pemerkosaan. Ia kemudian dijatuhi hukuman lima tahun penjara.

Suami Brittni, Christopher, menangis saat jaksa Lex Johnston bertanya kebenaran pasangan itu bercinta dengan orang lain. "Iya Pak," demikian kata Christopher membenarkan.

Christopher Colleps mengatakan ketiga anaknya menangis saat ia mengatakan sang ibu melakukan hal yang sangat buruk dan mungkin harus pergi. Seorang siswa bersaksi yang isinya mengatakan bahwa ibu guru yang kemudian dipecat dari tugasnya itu melakukan seks oral kepadanya dua kali dan merasa sangat bahagia dengan apa yang dilakukan sang ibu guru.

Sumber

#bcfda5
Read More..

Kamis, 20 Februari 2014

Nabila Huda Penat Dengan Cakap Cakap Orang

ABIL

KELANA JAYA – Pelakon berbakat besar, Nabila Huda Suhaimi, 29, menjelaskan dia kini sudah penat dengan segala tohmahan dan cakap-cakap orang di luar sana mengenai kehidupan peribadinya.
Walaupun menyedari dirinya merupakan seorang ‘public figure’, Nabila menegaskan kehidupan peribadinya adalah miliknya seorang dan bukan hak milik masyarakat di luar sana.
“Orang tak perlu nak nilai tentang saya, mereka tak penat ke nak bercakap pasal saya. Saya pun dah penat sebenarnya, penat saya nak lalui semua ini,” katanya ketika ditemui semasa majlis pelancaran koleksi terbaru Pandora sempena sambutan Aidilfitri, di sini, semalam.
Dirinya kembali menjadi bualan selepas berkongsi video ringkas Keek yang menunjukkan dirinya seolah-olah tidak berpakaian dan hanya diliputi selimut pada ketika itu.
Mengulas mengenai perkara itu, Nabila berkata, “saya tak fikir pun sebelum post apa-apa di laman sosial, mungkinlah orang tak boleh terima kegilaan-kegilaan saya ini tapi ‘its real’ (itulah diri saya sendiri). Orang tahu saya macam mana, life saya macam mana”.
Selain itu, pelakon itu turut memohon peminat di luar sana supaya menghormati kehidupan peribadinya kerana itu merupakan haknya untuk menentukan bagaimana cara hidupnya sendiri.
“Kehidupan peribadi saya adalah milik saya, itu bukan hak masyarakat. Orang di luar sana patut respek kehidupan orang lain, janji saya kerja bersungguh-sungguh, saya tak kacau hidup orang dan saya tak main-main (dalam melakukan kerja),” ujarnya lagi.
Ketika ditanya mengenai hal putus cintanya bersama aktor Nas-T, Nabila menjelaskan bahawa mereka telah berpisah secara baik.
Ini kerana mereka merasakan hubungan sesama rakan karib di antara mereka lagi sesuai untuk dijalinkan berbanding sebagai pasangan kekasih.
ABIL1
“Saya putus dengan dia (Nas-T), saya memang takde masalah apa-apa. Memang kami tak gaduh atau apa. Memang saya ‘decide’ untuk berpisah kerana kami rasa macam rindu saat-saat masa kami sama-sama berkawan baik. Bukan sebab orang kata couple itu tak best, mungkin sebab saya sibuk bekerja, kurang komunikasi tapi kami masih kawan macam biasa.
“Kalau ada jodoh, ada jodohlah, kalau takde jodoh, kami akan stick forever sebagai kawan baik kerana dia memang kawan saya sejak saya remaja lagi,” katanya yang sudah mengenali Nas-T sejak dirinya berusia 16 tahun lagi.
Oleh: JULIANA JOHAR
Foto: RIZA RAZAK
Read More..

Rabu, 19 Februari 2014

Subhanallah Jenazah Ibu Masih Segar Walau Sudah 30 Tahun Dikebumi



Subhanallah - Jenazah Ibu Masih Segar Walau Sudah 30 Tahun Dikebumi | Seorang anak telah bermimpi didatangi ibunya. Pada ketika itu, ibunya telah meninggal dunia lebih dari 30 tahun. Dalam mimpi tersebut ibunya telah meminta anaknya supaya memindahkan kuburnya bersebelahan dengan kubur suaminya. Mungkin bagi sesetengah kita menganggap ia sekadar satu mainan tidur. Tetapi anaknya dengan bantuan orang ramai telah menggali kubur tersebut dan mendapati jenazah ibunya masih lagi kelihatan segar. Subhanallah, biarpun ia sudah mencecah 30 tahun.

Sugiyem telah meninggal dunia sejak 30 tahun yang lampau. Anaknya sering bermimpi agar kuburnya digali dan dipindahkan berdekatan kubur suaminya. Wanita yang berasal dari Desa Kecamatan Jangkar meninggal dunia pada tahun 1981.

Apa yang pelik mayatnya masih utuh cuma agak kering bahkan kain kafan yang memballut jasadnya masih lengkap. Ini menimbulkan kegemparan pada penduduk setempat. Ia meninggal pada usia yang masih muda iaitu 34 tahun kerana sakit.

Anak sulungnya Subri sering bermimpi ibunya mohon agar makamnya dipindahkan berdekatan makam suaminya. Penduduk setempat yang mengenali Suginem semasa masih hidup menyatakan wanita ini amat setia pada suaminya selain seorang yang sangat pemurah dan penyabar.

Banyak hari ini isteri-isteri kurang sabar dengan karenah suami. Kadangkala mereka mengabaikan makan minum suami dengan alasan mereka wanita berkerjaya. Ingatlah apa kerjayapun… namun tak akan terlepas dari tanggungjawab menguruskan rumahtangga kerana ia adalah tanggungjawab WAJIB seorang isteri. Isteri tidak dipersoalkan tentang nafkah di akhirat meskipun mereka bergaji besar melebehi sisuami. Suami yang tidak mendapat layanan isteri dan merasa tersentuh hati di atas perlakuan isteri memungkinkan isteri tidak akan mencium bau syurga. Jadikan kisah di atas sebagai iktibar. SUMBER

Read More..

Selasa, 18 Februari 2014

Gambar terbaik perangkap had laju saksikanlah!!

Addin77  30 Okt 2012
Gambar ni diambil sewaktu mengikuti program ibadah qurban peringkat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang pada 27 Oktober lalu. Lokasi bertempat Batu 7,Changkat Jering.

Kelihatan seorang anggota JPJ sedang mengendalikan kamera speed trap berhadapan sign board 60 km/j. Orang yang lalu lalang di sini pasti terperangkap dengan kamera speed trap ni.

Bukti jelas menunjukkan tujuan kamera speed trapdi laluan sebegini adalah untuk menganiaya orang ramai dan bukannya tujuan untuk mendidik. Bak kata Ustaz Idris Ahmad, kereta lembu pun berkelajuan 63 km/j.

Oleh sebab itu, kesemua negeri Pakatan Rakyat menangguh pelaksanaan sistem AES yang jelas banyak kepincangannya walaupun sebelum dilaksanakan. Sistem AES jelas ingin merompak duit rakyat secara lebih bersistematik.

Cuba anda semua bayangkan, sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 Sept lepas (rujuk sini).

Foto ~cikgu din
http://addin77.blogspot.com
Read More..

Senin, 17 Februari 2014

Tampilan Tentara Masa Depan

Teknologi di dunia terus berkembang, khususnya teknologi dalam militer. Mungkin beberapa tahun lagi kita bisa menyaksikan teknologi baru untuk dilengkapkan pada para tentara. Ya, teknologi yang belum pernah kita lihat dan belum pernah diterapkan sebelumnya.

Di bawah ini beberapa foto "khayalan" dari berbagai kostum tentara masa depan. Jangan dipercaya, ini cuma hiburan belaka tapi semua bisa saja diterapkan. Tapi bisa saja sihkalau mau sekedar membuat kostum seperti ini dengan tanpa memperhitungkan keefektifan dari kostum masa depan tersebut.

[imagetag]

[imagetag]

[imagetag]

[imagetag]

[imagetag]

Sumber

#bcfda5
Read More..

Minggu, 16 Februari 2014

Lagi perhimpunan aman bantah AES

Malaysiakini  Nov 9 2012
Sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat dan NGO hari ini mengadakan perhimpunan aman membantah pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di hadapan pejabat ahli parlimen Lumut Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga menteri pengangkutan.

NONEPerhimpunan yang dianjurkan oleh NGO BANTAH AES diadakan selepas solat Jumaat di Masjid An-Nasyirah, Setiawan sebelum berarak ke pejabat Kong di situ.

Ia disertai beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO antaranya ADUN Teja Chang Lih Kang, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob dan Ketua Srikandi PKR Siti Aisyah Sheik Ismail.

Koordinator Bersama BANTAH AES Saifullah Zulkifli mewakili kumpulan itu juga menyerahkan memorandum kepada Kong, antara lain mengemukakan empat sebab sistem tersebut ditolak.
NONEMemorandum tersebut diterima oleh seorang kerani di pejabat itu. Kong yang juga adalah setiausaha agung MCA.

"BANTAH AES ingin menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menangani masalah kemalangan adalah disokong tetapi dalam isu pelaksanaan AES ini aspek pelaksanaannya adalah meragukan dan membebankan rakyat," kata Saifullah dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kumpulan itu memberi tempoh seminggu kepada menteri untuk membatalkan pelaksanaan sistem itu atau berdepan satu lagi perhimpunan di Parlimen.
Read More..

Sabtu, 15 Februari 2014

21 rakyat Malaysia di Singapura ditahan



SINGAPURA - Demonstrasi yang dilakukan oleh 21 rakyat Malaysia di Singapura pada Rabu lalu diadakan tanpa permit dan mereka yang secara sedar menganjurkan serta menyertai aktiviti haram itu perlu menanggung akibatnya.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Md. Hussin Nayan memberitahu, rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di Singapura sepatutnya melihat kepada akibat yang bakal mereka tanggung jika terlibat dengan aktiviti haram.

Md. Hussin berkata, rakyat Malaysia perlu belajar untuk menghargai aspek-aspek positif kehidupan di negara tuan rumah dan kembali untuk menyumbang kepada proses penyatuan nasional di Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

"Reaksi ekstremis dan emosional tidak ada tempat dalam usaha pembinaan negara Malaysia yang stabil, makmur dan aman," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penahanan 21 rakyat Malaysia oleh polis Singapura di republik ini pada Rabu lalu kerana menyertai demonstrasi haram.

Menurut laporan media, polis Singapura menahan 21 rakyat Malaysia selepas mereka didapati mengadakan protes di Merlion Park di sini.

Penahanan itu dibuat selepas amaran dikeluarkan terhadap sembilan rakyat Malaysia kerana terlibat secara aktif dalam perhimpunan haram di Merlion Park apabila sekumpulan kira-kira 100 orang berhimpun untuk memprotes keputusan pilihan raya umum baru-baru ini di Malaysia.

Penganjur demonstrasi haram boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sebanyak S$10,000 (RM24,115) atau kedua-duanya sekali, sementara mereka yang menyertai protes haram itu pula boleh dikenakan denda sehingga s$5,000 (RM12,057).

Polis Singapura sebelum ini menegaskan, perhimpunan seumpama itu adalah melanggar undang-undang Singapura, dan rakyat asing yang dibenarkan bekerja atau tinggal di negara ini perlu mematuhi undang-undang republik itu.(metro)
Read More..

Jumat, 14 Februari 2014

Pandikar Amin dipilih semula sebagai Speaker

  • Hazlan Zakaria
  • Malaysiakini Jun 24 2013
 
Tan Sri Pandikar Amin Mula dipilih semula ke jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada hari pertama persidangan Parlimen untuk penggal ke-13 hari ini.
Beliau mengangkat sumpah jawatan berkenaan selepas pengundian bersurat dijalankan dalam sesi pagi ini.

Setiausaha Parlimen Datuk Rosmee Hamzah mempengerusikan acara berkenaan.

Pandikar menang dengan 133 undi, menewaskan calon dari blok Pakatan Rakyat, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang mendapat 89 undi.
Read More..

Kamis, 13 Februari 2014

7 Parasit Paling Menyusahkan Di Dunia

7 parasit paling menyusahkan di dunia - sesuatu yang disebut sebagai parasit tentu sangat merugikan. Di dunia ini ada banyak parasit yang ada dan dari sekian banyak ada yang menguntungkan dan tentu ada yang merugikan. 

Pada kesempatan kali ini kami akan membahas mengenai 7 parasit paling menyusahkan di dunia sehingga sobat pembaca bisa mengetahui jenis dan parasit seperti apa yang wajib di basmi. Berikut informasi mengenai 7 parasit paling menyusahkan di dunia.


7. Ticks   


Ticks (kutu) diklasifikasikan sbg arachnid dan banyak varietasnya. Yg paling sering ditemuin itu kutu kaki-hitam, kutu bintang satu (lone star tick), kutu rusa, dan kutu anjing. Kutu2 ini ternyata punya kemampuan menyebarkan penyakit. Penyakit yg paling dikenal adalah Rocky Mountain spotted fever dan penyakit Lyme. 

Kutu biasanya ditemukan di daerah2 dg semak belukar dan rumput yg banyak. Mereka biasanya akan menunggu inangnya lewat, lalu masuk ke tubuh inangnya, dan mencari tempat yg paling disukainya. Kalau di manusia, mereka suka daerah kulit kepala, tapi di mamalia lainnya, mereka suka di mana aja. Keberadaan mereka ini secara kasat mata tidak keliatan selama beberapa minggu, jadi mereka bisa dengan bebas menghisap darah dari inangnya.   


6. Fleas   


Seperti nyamuk, flea butuh darah dari inang mamalia untuk bisa beranak-pinak. Mereka akan bertelor di inangnya dan biasanya ini akan menyebabkan pengerumunan flea yang terjadi di tempat di mana si inang ini suka berada. Setelah telurnya menetas, biasanya sekitar beberapa hari atau beberapa minggu, larvanya akan menghabiskan waktunya dg memakan material-material organik seperti sel-sel kulit mati atau sisa-sisa kotoran. Parasit satu ini juga bisa loncat dengan ketinggian lebih dari 100x panjang badannya.    


5. Mosquitoes
  

Nyamuk itu butuh darah mamalia untuk dapat beranak pinak, sama seperti si flea di atas. Karena itulah, sang betina bertanggung jawab menggigit kulit mamalia untuk dihisap darahnya. tetapi sebenarnya baik si jantan maupun betina hanya memakan nektar dari bunga atau buah-buahan. tetapi tetap si betina butuh protein tambahan yang ada di dalam darah untuk bereproduksi .   


4. Mites  


Mites (tungau) terdiri atas beberapa jenis, seperti tungau debu (dust mites), tungau unggas (fowl mites), tungau anjing (dog mites), tungau rusa (deer mites), tungau kutu (chigger mites), dan tungau kudis (scabies mites). 

Ternyata saat ini, ada tungau yg hidup di badan juga, yg disebut tungau kantung rambut (hair follicle mites) yg memakan sekresi berminyak dari rambut dan kulit kepala agan2. Tetapi jangan kuatir, karena ternyata tungau itu adalah bagian normal dari proses hidup manusia. 

Lalu? Tungau mana yg menyebabkan banyak masalah? Tungau kudis (scabies mites) lah jawabannya. Parasit mikroskopik ini dapat menyebabkan gatel2 yg luar biasa dan jejas merah pada daerah terinfeksi. 


3. Human Botflies   


Botfly itu istilah yg diberikan untuk spesies lalat yang larvanya hidup sbg parasit di dalam tubuh mamalia. Belatung human botfly diangkut oleh nyamuk2 dan banyak terdapat di Amerika Tengah dan Selatan. Lalat akan menangkap nyamuk dan bertelor pada tubuh nyamuk tersebut. 

Akhirnya, nyamuk akan menggigit manusia dan telor2nya akan masuk ke dalam tubuh manusia itu lalu menetas. Belatung botfly bahkan akan mengunyah agar dapat memasuki tubuh inangnya. Buset, serem amirrr.. Di dalam tubuh manusia, belatung itu akan bertahan selama 5-6 minggu sampai bertambah gemuk. Selama itu, mereka akan membuat lubang agar mereka dapat keluar. 

Pada tahap ini, jika tetap tidak terdeteksi, belatung itu akan keluar dari lubang kecil yg telah dibuatnya lalu jatoh ke tanah. Nah dari sini daur hidup akan dimulai kembali.  


2. Tapeworms   


Tapeworm (cacing pita) mirip2 dg cacing tambang. Mereka merupakan parasit usus yg dapat menular ke manusia melalui tanah atau bekas kotoran, namun kebanyakan menginfeksi manusia melalui daging yang kurang dimasak. 

Gejala dari infeksi cacing ini sangat sulit dideteksi karena ga ada gejala2 luar yg mengindikasikan infeksi cacing ini selama periode waktu yg panjang. Nah, kalo begitu caranya, cacing pita itu bisa tumbuh sampe 30 kaki (sekitar 9,14400 meter). Makanya kalo makan daging2an, dimasak ampe mateng. 


1. Hookworms   


Hookworm (cacing tambang) menginfeksi manusia melalui sisa2 kotoran di tanah. Telor2nya akan menetas dalam jangka waktu 1 minggu dan tumbuh jadi larva yg bisa idup sekitar sebulan di dalam tanah atau feses . 

Jika terkontak dg manusia, biasanya lewat kaki, cacing2 ini akan menembus masuk menuju pembuluh nadi, masuk ke jantung, dan akhirnya ke paru2. Abis masuk ke paru2, mereka kadang terbuang lewat lendir ketika si inang batuk. Jika dibiarkan gitu aja, cacing ini bisa menyebabkan penyakit serius, seperti anemia, diare, konstipasi, dan kelelahan.


Nah itulah informasi unik mengenai 7 parasit paling menyusahkan di dunia. Semoga menambah wawasan sobat sekalian yah dan jangan segan untuk membunuh parasit-parasit diatas ^_^


Sumber 4.5
Read More..

Rabu, 12 Februari 2014

Nwakaeme Salim Janji Aksi Terbaik Untuk TRW

Salim Arrache dan Dickson Nwakaeme
DUA pemain import yang sedang diuji, Dickson Nwakaeme dan Salim Arrache menjanjikan aksi terbaik jika disenaraikan dalam kesebelasan utama Kelantan apabila bertemu Felda United FC dalam aksi perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV, petang esok, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.
Nwakaeme pemain kelahiran Nigeria yang tiba di Kota Bharu kurang 24 jam sebelum pertemuan dengan juara Liga Premier Indonesia (IPL) yang berkesudahan seri 1-1 pada Sabtu lalu mempamerkan aksi bertenaga meski pun diturunkan hanya 30 minit dalam babak kedua.
“Perlawanan pertama yang menakjubkan bagi saya. Saya banyak menerima komen berbentuk pujian dalam laman sosial dan ia memberikan motivasi terbaik sebelum beraksi menentang Felda United FC petang esok.
“Sudah pasti saya mahu bermain lebih banyak perlawanan dan diberi peluang beraksi untuk jangka masa yang panjang. Namun segala-galanya terpulang kepada jurulatih. Secara peribadi saya memang bersedia dan tidak sabar menjaringkan gol membantu Kelantan menewaskan Felda United nanti,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.
Nwakaeme yang pernah beraksi dengan Song Lam Nghe An FC dalam Liga Vietnam tahun lalu berkata, Kelantan merupakan sebuah pasukan yang bagus dan mempunyai misi yang tinggi untuk mara lebih jauh pada penampilan kedua dalam Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada musim ini.
Aksi pemain berusia 27 dari Lagos itu nyata memukau penyokong The Red Warriors, sekali gus menjadi calon import pilihan yang disebut-sebut menggantikan Keita Mandjou apabila jendela pendaftaran kedua pemain dibuka awal April nanti.
Nada sama turut diluahkan Salim, pemain yang berasal dari Perancis yang mahu bermain dalam tempoh 90 minit penuh apabila pasukan juara tiga piala musim lalu itu bertemu kelab yang terkenal dengan jolokan The Settlers, petang esok.
“Perlawanan dengan Semen Padang FC tempoh hari merupakan aksi pertama saya di sini. Jika baru-baru ini saya hanya diturunkan selama 45 minit, kali ini saya cukup bersedia bermain selama 90 minit.
“Saya berjanji pamerkan aksi terbaik buat penyokong Kelantan. Tiada masalah dan saya mudah menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan setelah beberapa hari berada di sini. Saya sudah bersedia 100 peratus untuk diturunkan pada perlawanan petang esok (hari ini),” katanya.
www.sinarharian.com.my
Read More..

Selasa, 11 Februari 2014

7 Faktor Penyebab Pikun



Sering lupa meletakkan kunci atau dompet anda? Atau, apakah Anda sering ketinggalan membawa barang? Bisa jadi Anda tergolong pelupa/pikun.
Jika di usia muda Anda sudah sering lupa, menurut Dr. Peter Rendell dari University of New South Wales, Sidney, Australia, kemungkinan besar Anda akan lebih cepat alami kepikunan.
Perlu Anda tahu, ternyata ada beberapa kebiasaan yang bisa membuat daya kerja otak menurun. Akibatnya, memori makin buruk dan daya tangkap pun lemah. Maka itu, hindari 7 kebiasaan yang bisa bikin cepat pikun berikut ini:

1. Makan Terlalu Banyak
Terlalu banyak makan, apalagi yang kadar lemaknya tinggi, dapat berakibat mengerasnya pembuluh darah otak karena penimbunan lemak pada dinding dalam pembuluh darah. Akibatnya kemampuan kerja otak akan menurun.

2. Merokok
Zat dalam rokok yang terhisap akan mengakibatkan penyusutan otak secara cepat, serta dapat mengakibatkan penyakit Alzheimer.

3. Mengkonsumsi gula terlalu banyak
Konsumsi gula yang terlalu banyak akan menyebabkan terganggunya penyerapan protein dan nutrisi, sehingga terjadi ketidakseimbangan gizi yang akan mengganggu perkembangan otak.

4. Kurang Tidur
Otak memerlukan tidur sebagai saat beristirahat dan memulihkan kemampuannya. Kekurangan tidur dalam jangka waktu lama akan mempercepat kerusakan sel-sel otak.

5. Kurang menstimulasi pikiran
Berpikir adalah cara paling tepat untuk melatih otak kita. Kurangnya stimulasi pada otak dapat menyebabkan mengkerutnya otak kita.

6. Jarang berkomunikasi
Komunikasi diperlukan sebagai salah satu sarana memacu kemampuan kerja otak. Berkomunikasi secara intelektual dapat memicu efisiensi otak. Jarangnya berkomunikasi akan menyebabkan kemampuan intelektual otak jadi kurang terlatih.

7. Memikirkan banyak hal saat sakit
Bekerja terlalu keras atau memaksakan untuk menggunakan pikiran saat sedang sakit dapat menyebabkan berkurangnya efektivitas otak serta dapat merusak otak.

sumber
Read More..

Senin, 10 Februari 2014

PM kata TNB perlukan RM 6 bilion setahun untuk pelaburan Rakyat

Malaysiakini Dis 7 2013
PM: Naik elektrik sakit jangka pendek saja

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan kenaikan tarif elektrik negara ini dengan alasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memerlukan wang untuk pelaburan.

Najib menegaskan kenaikan itu bagaimanapun tidak memberi kesan keterlaluan kerana majoriti tidak terjejas.
NONE"(Seramai) 71 peratus pengguna tak dikenakan kenaikan. Jadi kenaikan cuma 30 peratus (kepada) domestik, industri dan komersial. Kita perlu laksanakan tindakan tarif itu, sebab sebagai sebuah badan, TNB perlukan RM 6 bilion setahun untuk pelaburan," kata beliau dalam sidang media selepas Perhimpunan Agung Umno.

Kenaikan tarif dibantah perwakilan Umno sempena PAU ini dengan beberapa perwakilan mendakwa tindakan tersebut tidak tepat dan tidak adil pada masa sekarang.

"Kalau tak lakukan peningkatan tarif, akan jejaskan kemampuan kewangan TNB, tetapi kita nak pastikan rakyat tak terjejas."

Najib turut menjawab rakyat perlu terus bersabar dan berkorban untuk keutuhan kewangan negara.

"Penting untuk ada keutuhan kewangan bila kewangan utuh, kita boleh buat lebih banyak untuk rakyat. Mereka (rakyat) perlu faham proses ini. Ini kesakitan jangka pendek tapi tak sakit teruk, sakit ringan sahaja tapi dalam jangka masa panjang baik untuk rakyat," kata beliau.

Najib berkata kerajaan akan terus menambah bantuan dan menawarkan jaringan keselamatan sosial.

Beliau turut mengulas jawatankuasa menyiasat laporan ketua audit negara telah pun memulakan tugas dan akan mengambil tindakan terhadap kakitangan awam yang terlibat.

"Ya, KSN (ketua setiausaha negara) telah buat pengumuman, beberapa tindakan telah diambil terhadap mereka yang mengingkari arahan khususnya dalam penggunaan dana.

Read More..

Minggu, 09 Februari 2014

Diana Danielle Kena Hentam Teruk Di Twitter Kerana Pregnant

Di twitter @dianadanielle teruk dihentam peminatnya yang menyindir beliau yang umumkan pregnant selepas hanya 16 hari berkahwin.



Diana Danielle ketika hari perkahwinan bersama mak dan adiknya.
  




Ada banyak lagi komen macam ni di twitter Diana Danielle. Bagi KepohGiler tak payahlah nak tambahkan tekanan pada Diana danielle yang baru mengandung ni kan. Kita doakan yang baik--baik je buat mereka berdua. ok? sumber   -"kepohgiler"
Read More..

Sabtu, 08 Februari 2014

Franchise

Franchise bimbel-Franchise kini menjadi usaha yang sedang digemari, mudah dan menjanjikan. Mulai dari franchise makanan, tempat olahraga hingga ke bidang pendidikan.
Franchise pendidikan seperti  Kumon, primagama, ganesha operation ataupun kursus bahasa Inggris dapat menjadi pilihan Anda. Namun sebelum memilih franchise mana, berikut dapat menjadi titik tolak Anda apakah franchise pendidikan menjadi pilihan Anda.

   • Memiliki investasi dana yang cukup 
   • Dapat mencapai target pendapatan yang disepakati bersama 
   • Menyukai dan Mencintai bisnis pendidikan 
   • Memiliki mental positif, suka tantangan dan percaya diri. 
   • Mempunyai kemampuan manajemen yang handal dalam mengatur dan mengelola outletnya. 
   • Memahami dengan jelas kelebihan dan kekurangan berbisnis franchise
Bila semua jawaban adalah iya dan sesuai dengan Anda, usaha franchise pendidikan dapat menjadi pilihan Anda.
Sukses selalu. (mew)
Read More..

Jumat, 07 Februari 2014

Gambar Pelajar Kes Buli SMK Tun Hussien Onn Ditahan Polis

Inilah gambar gangster sekolah SMK Hussien Onn Pulau Pinang yang telah ditangkap polis. Kalau anda melihat balik video ketua tingkatan dibelasah oleh pelajar ini, anda pasti perasan suspek yang memulakan pergaduhan itu adalah yang berbaju merah.



Pergaduhan bermula apabila kumpulan ini tidak puas hati akibat tindakan ketua kelas melaporkan kumpulan pelajar ini membawa telefon bimbit ke sekolah. Rakaman yang tersiar di youtube menyebabkan tindakan kumpulan samseng ini dikutuk kerana dianggap tidak berperikemanusian.
Read More..

Kamis, 06 Februari 2014

Dr M kata BN kongsi Pakatan bukan kongsi bukan coalition Ia cuma pakat Macam pakat nak bunuh orang

Majoriti 2/3: Mahathir mahu BN kerja keras
sinarharian
9 Februari 2013
KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) perlu berusaha keras untuk mendapatkan semula majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang, sekali gus menghakis ancaman perpecahan sesama Melayu,  kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
Beliau berkata, BN juga bertanggungjawab untuk mempertahankan kemenangan demi masa depan bangsa dan negara dan sehubungan itu penting bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN membariskan calon yang betul.
 
"Pentadbiran harus membariskan calon winnable (boleh menang) di kawasan-kawasan yang mereka paling sesuai. Sebagai contoh, salah untuk meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti Melayu kerana Umno tidak akan mendapat sokongan dari orang bukan Melayu," katanya.
 
Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum bertajuk Perlembagaan Negara dan Masa Depan Keselamatan Negara di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.

Jelas beliau, penempatan calon di sesuatu kawasan perlulah bijak supaya pengundi akan mengundi BN.
 
"Inilah yang bermakna kongsi. Barisan Nasional ialah satu coalition (satu perkongsian). Bukan macam Pakatan Rakyat (PR). Pakatan bukan kongsi, bukan coalition. Ia cuma pakat. Macam pakat nak bunuh orang. Jadi lepas pakat, nak buat kerajaan macam mana.
 
"Pas tarik sebelah sana, DAP pula sebelah sini. Yang Datuk Seri Anwar (Ibrahim) konon nak jadi Perdana Menteri," katanya.
 
Dr Mahathir juga berkata, sesetengah pemimpin Umno telah tergelincir daripada perjuangan asal parti, iaitu untuk menegakkan bangsa Melayu.
 
"Kini, beberapa ahli politik berjuang untuk datang ke kuasa dan mengekalkan ia, dan sanggup untuk sabotaj antara satu sama lain bagi maksud itu," katanya.
 
Ditanya sama ada orang Melayu sudah kehilangan kuasa, Dr Mahathir berkata, "orang Melayu hilang kuasa kerana berpecah."
"Dalam sebuah demokrasi, jumlah terbesar ialah yang kuasai keadaan. Bila dia berpecah dan melawan sesama sendiri, mana boleh berkuasa," katanya.
     
"Sekiranya orang Melayu suka hilang kuasa, mereka boleh give up. Ada orang Melayu yang tidak suka melihat orang Melayu berkuasa, sebab dia sudah dapat semua, biasiswa, kerja dan lain-lain, apa peduli orang lain", katanya lagi.

Ditanya sama ada perlu untuk BN menang majoriti dua pertiga, Dr Mahathir berkata, kemenangan dua pertiga amat perlu sekiranya ingin meminda Perlembagaan Persekutuan.
 
"Kalau tidak ada kemenangan dua pertiga, maka ia menunjukkan kerajaan yang lemah, yang akan ditekan oleh parti lawan," terang beliau.
 
Terdahulu, dalam ucapannya, Dr Mahathir mengingatkan rakyat Malaysia menggunakan akal fikiran ketika membuat keputusan untuk mengundi parti mana dan tidak semata-mata berpandu kepada emosi bagi menentukan masa depan negara.
  
Beliau berkata, emosi dan perasaan mungkin akan mendorong rakyat buat keputusan yang salah dan sebab itu perlu disokong pemikiran waras agar mampu membuat penilaian bijak.
 
Katanya jika rakyat mahu sentiasa dihormati dan disegani, mereka perlu bertindak secara bijak dan tidak mudah terpengaruh agar urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.
 
"Saya harap rakyat sedar dan boleh berfikir, harap mereka tidak terbawa-bawa dengan emosi dan perasaan. Oleh itu, penggunaan akal fikiran serta merancang strategi akan menentukan masa depan negara," katanya.
 
Sehubungan itu, beliau berkata Perlembagaan Negara mesti dipelihara dan dipertahankan pada setiap masa oleh seluruh rakyat Malaysia. – Bernama
Read More..

Selasa, 04 Februari 2014

Quick Heal Antivirus Software

Quick Heal - Anti-Virus Software

Quick Heal - Perlindungan lengkap Internet dengan Automatic Virus Removal.
DOWNLOAD
Read More..

Senin, 03 Februari 2014

Gempar Lelaki takut diperkosa wanita

DUA beradik, Sophie Nhokwara, (kiri) dan Netsai (kanan) serta Rosemary (dua dari kanan) yang berdepan dakwaan menyerang 17 pengembara lelaki, berjalan di luar sebuah mahkamah di Harare, Zimbabwe pada 29 November tahun lalu.

MASHAVA, Zimbabwe - Susan Dhliwayo tergamam ketika dia memberhentikan keretanya kerana ikhlas mahu menumpangkan sekumpulan pengembara lelaki baru-baru ini tetapi mereka menolak pelawaannya.
Puncanya adalah kerana lelaki itu bimbang akan dirogol.

Zimbabwe kini digemparkan dengan laporan sensasi bahawa terdapat geng wanita cantik merogol beberapa pengembara lelaki dan meletakkan sperma mereka di dalam kondom bagi tujuan ilmu hitam.
"Sekarang ini, lelaki takut kepada wanita," kata Dhliwayo yang berusia 19 tahun.
Menurutnya, para pengembara tidak akan menaiki kereta yang dipandu wanita kerana mereka tidak mempercayai lagi kaum Hawa itu.
Media Zimbabwe sebelum ini melaporkan beberapa lelaki yang ditemui di lebuh raya telah diberi ubat tidur, diugut dengan menggunakan pistol atau pisau dan diberikan ubat perangsang seks sebelum mereka dirogol berulang kali dan ditinggalkan di tepi jalan.
Berita tentang kumpulan perogol itu yang digelar pemburu sperma, pertama kali disiarkan di dada akhbar tempatan pada tahun 2009.
Namun, sehingga kini, polis hanya berjaya menangkap tiga wanita yang ditahan bersama satu beg plastik berisi 31 kondom terpakai. Mereka didakwa kerana memperkosa 17 lelaki.
Tiga orang yang ditangkap itu terdiri daripada Sophie Nhokwara, 26 dan adiknya, Netsai, 24, serta Rosemary Chakwizira, 28.
Sophie Nhokwara, 26  


Rosemary Chakwizira, 28. 

The Gweru female rape suspects, Rosemary Chakwizira and sisters Sophie and Netsai Nhokwara appear in court in Harare
Suspek kes rogol , Rosemary Chakwizira,Sophie Nhokwara dan Netsai Nhokwara hadir di mahkamah di Harare 
 
"Kami tidak tahu jumlah sebenar kes rogol seperti ini," kata jurucakap polis, Wayne Bvudzijena.
"Kebanyakan kes ini berlaku apabila mangsa menumpang kenderaan persendirian. Kami menggalakkan orang ramai agar menggunakan kenderaan awam."
Menurutnya, tujuan sperma itu diambil si mangsa masih tidak jelas tetapi ia dipercayai digunakan dalam amalan sihir yang dikenali sebagai juju atau upacara membawa tuah termasuk bagi tujuaan mendatangkan kekayaan, melariskan perniagaan dan mengelak penjenayah daripada dikesan.
"Isu ini sukar untuk difahami," kata pakar sosiologi Universiti Zimbabwe, Watch Ruparanganda.
"Apa yang jelas sperma ini digunakan dalam upacara ilmu hitam," tambahnya.
Ruparanganda berkata, beliau hairan apabila mendapati sperma menjadi barangan komoditi ketika dia sedang melakukan kajian sosial di Harare tujuh tahun lalu.
Dia diberitahu oleh remaja jalanan bahawa ahli-ahli perniagaan akan membawa mereka ke hotel bagi tujuan seks.
Seorang pemuda berusia 24 tahun, Tende Marahu turut mengesahkan perkara tersebut.
Menurutnya, beberapa lelaki dan wanita datang untuk mengambil lelaki di kawasan kejiranannya bagi mendapatkan sperma yang dikumpulkan dalam kondom selepas mereka melakukan hubungan seks.
"Perkara ini telah lama berlaku," katanya.
Amalan songsang tersebut turut dikecam Persatuan Pengamal Perubatan Tradisonal Zimbabwe.
"Kami percaya amalan ini adalah sihir dan kami mengecamnya," kata jurucakap persatuan berkenaan, George Kandiyero.
Menurutnya, pemburu sperma tidak akan mengambil sperma kekasih atau suami mereka untuk upacara juju kerana ia boleh memudaratkan lelaki itu. - AFP
Source Link
Read More..

Minggu, 02 Februari 2014

SEGERA Inilah Suspek Yang Menembak Mati Hussain Najadi

SEGERA: Inilah Suspek Yang Menembak Mati Hussain Najadi

Siasatan kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank yang berlaku pada 29 Julai 2013 di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur sedang giat dijalankan bagi mengesan saspek utama pembunuhan.
Hasil siasatan dan penelitian kamera litar tertutup(CCTV) di lokasi kejadian, polis percaya imej lelaki yang dirakam dan dikenali sebagai ‘Sei Ngan Chai’(sebutan kantonis) atau Jian adalah saspek utama kejadian.
Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur ingin meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai sebarang maklumat mengenai saspek berkenaan menghubungi Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK KL di talian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakan Cop) ditalian 03-21159999 atau SMS Polis KL(Rakan Cop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Polis juga telah menahan pemandu teksi berusia 44 tahun di sebuah restoran di Sri Petaling, di sini, jam 9 malam tadi, dipercayai individu membawa suspek.
Siasatan awal mendapati pemandu teksi itu menurunkan suspek di Jalan Alor selepas insiden berkenaan.
Gambar FB Polis KL
sumber

Read More..